Selasa, 1 April 2014

Fikirkan bersama..

Diari seorang suami. 30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat
internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit
rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil
telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik
Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran
tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk
belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu
berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah
jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut
ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang
kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni
sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak
pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk
lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg
bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak
RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri
spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru
dapat gaji..sambil anak yg sulung pula
mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak
peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan
Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong .. Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak
beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja
barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi
minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan
dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil
makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm
250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk
barang basah.. setelah semuanya selesai pulanglah keluarga
tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg
baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00
sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg
terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal
hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami
belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun
pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar
Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan
anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam
Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga
hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi
minyak kereta sebanyak Rm30.00 .. sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn
tudung bawal berharga Rm15.00 mintak
dibelikan..suami pun keluarkan duit
bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian
pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak
anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah
lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00
hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk
baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah
bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang
anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak
singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang
ayah kesiankan dgn rengekan anak pun
singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan
baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah
Rm188.50. Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi
untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk
masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami
modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk
suratkhabar...tinggallah duit gaji genap
Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas
dasar nafkah kepada isteri tercinta... Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn
berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin
sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan
makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk
ke 30hb yg akan datang samada sampai atau
tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat
ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada
modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak
balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik
kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit
gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??"
Terpinga pinga suami nak di jawab jadi
perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti
disalahkan balik.