Selasa, 23 September 2014

KELEBIHAN BEKERJA DENGAN IKHLAS

Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan pengalaman kerja serta pengalaman menguruskan sesuatu kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.
Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas betoi tak??

Kelebihannya cee baca..cee baca..

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang pekerja ikhlas berniat bekerja kerana Allah Taala. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.Semua Itu telah Mat lalui apabila sesuatu kerja yang di amanahkan dapat di lakukan senang dan mudah,rahsianya,,,Mintak lah pertolongan dari Maha Esa..Alhamdulillah..
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya.Macam Mat,kalau nak kira overtime banyak la,,tapi mau sejam tu, kira sedekah la. Tapi jika niat seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana Mat yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal.IshaAllah..Amin.. Bila seseorang tu buat mcm tu juga dia akan menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga seronok dalam kerja-kerja yang memberi nilai baik pada orang sekeliling..Kira orang tu buat sesuatu pekara  tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “bapak”bagi segala kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka mencaci mengata,mengutuk orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran didunia semata mata. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan Tulang belakan bagi sesuatu kerja bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi ataupon kesenangan untuk sesuatu kerja yang di amanahkan.Tetapi Bekerja lah sebagai satu pasukan,,bukan sebagai ''Pengarah'' untuk membiarkan orang bawahan ini bekerja keseorangan,,
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran.
Itu semua terserah untuk pemikiran semua pembaca blog Mat..tapi fikirkan,,Kerja itu harus di lakukan dengan ikhlas apa yang telah di amanahkan.bukan kerja yang di amanahkan di serahkan kepada orang lain dan hanya akan muncul apabila sesuatu itu sudah berjaya..

sekian..

Assalamualaikum..Salam Satu MELAYSIA...

Tertarik dengan satu peribahasa,,,bersangkut dengan orang di sekeliling Mat..hehehehe..



''TALAM 2 MUKA''

Ada 3 watak orang jenis talam 2 muka..Bila di tengok dan difikirkan balik..rupa-rupanya betoi..

Kalau tak percaya baca nie ..


3 watak manusia talam dua muka




Bijak berlakon.

Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa. 

Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain. 
Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini. Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya. 
Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat. 
Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan. 

Tiada perasaan malu 

Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak. 

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. 
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir) 
Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.” 

Tak ikhlas, penting diri sendiri 

Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa. 

Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain. 
Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka. 
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Jadi fikirkan mcm mana nak ubah dan harus di ubah..