Assalamualaikum..Salam Sejahtera ... Salam 1 Melaysia
Sudah sekian lama menyepi dalam berBlogger ...hee..kini Mat kembali..
Duk termenung saja-saja terpanggil untuk menaip tentang isu isu masa kini yang Mat lihat tiada pembelaan dan tiada penyelesaian...
PETANI @ PESAWAH TIADA PERHATIAN DAN PEMBELAAN DARI PIHAK YANG SEPATUTNYA...
Apa yang membuat Mat tertarik untuk menaip di sini adalah tentang PETANI..Mat datang dari keluarga yang mempunyai sawah dan Mat salah seorang yang mengusahan sawah..Mat sendiri terasa bebanan dan kepayahan orang-orang yang sama mengusahakan sawah dari dahulu lg. Pernah kah dengar satu ketika dahulu,ayat iklan "Sebutir Beras Ibarat Setitik Peluh Petani." Bayangkan banyak mana peluh petani di curahkan semata mata untuk menghasilkan makanan asasi untuk rakyat Melaysia secara amnya..100% rakyat Melaysia kalau di soal makan nasi atau tidak ? tiada seorang pon akan berkata tidak,,betoi kan ?
Tetapi apa yang Mat nak cuba sampaikan nie adalah siapa pembela bagi golongan PETANI@PESAWAH nie..Bagi yang berhektar atau berekar tu tiada apa yang dapat di risaukan..memang tumpuan utama mereka adalah mengusahakan sawah.Tetapi pada golongan yang Berrelong kecil nie,.Siapa yang nak jaga mereka ini..
Seperti kita lihat sekarang KERAJAAN MELAYSIA memberi bantuan sara hidup pada golongan lain seperti nelayan,tidak boleh ke laut dapat bantuan?penoreh getah,harga getah turun dapat bantuan? Bagi petani apa yang mereka dapat?,Padi tenggelam banjir, kemarau...petani tanggung sendiri?
Baru-baru ini mat dikejutkan tentang isu benih padi tiada subsidi dan terpaksa di jual dengan harga tanpa subsidi yang di beri KERAJAAN..Bayangkan benih padi dari pintu kilang dahulu RM28.00 /BAG ..sampai ke kedai kedai pertanian atau MADA dalam sekitat RM 33.00 /BAG. Tetapi apabila datang musim 2/2017 benih padi dari pintu kilang RM45.00 / BAG dan harga jualan sekitar RM50.00 - RM55.00 / BAG.Pengunguman melalui tv tentang subsidi benih padi,tetapi bila nak beli tiada subsidi lagi..Yang mana betoi yang mana salah taktau la.. Ini baru Mat bercerita bab benih padi, bab upah bajak sawah, kos racun, kos baja sampai upah..tu x termasok bila nak menuai padi dan muatan lori.
Jadi apa nak di banggakan sebagai pesawah..Adakah agensi yang ambil tahu hal-hal petani..Kesusahan petani bila musim banjir@kemarau..siapa pihak yang dapat mengankat hak-hak petani..Semua agensi ada "LEMBAGA" tetapi apabila sebut tentang padi, mana "LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (LPN)..????????
Mana silapnya.?..Apa kesudahanya?, Siapa monopoli padi?, Siapa kawal padi?, Siapa yang beli padi ? Siapa nk dengar suara petani ? Kalau Mat nak cerita panjang lagi nie..Jadi karangan zaman sekolah rendah balik..heee...
Harapan Mat semoga ada satu pihak dapat menyuarakan perihal tentang patani tidak kira di Perlis atau di Kedah sahaja bahkan seluruh Melaysia untuk menangkat golongan yang bergelar petani ini agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan golongan yang di layan oleh KERAJAAN pada masa kini
sekian,,