Selasa, 23 September 2014

KELEBIHAN BEKERJA DENGAN IKHLAS

Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan pengalaman kerja serta pengalaman menguruskan sesuatu kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.
Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas betoi tak??

Kelebihannya cee baca..cee baca..

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang pekerja ikhlas berniat bekerja kerana Allah Taala. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.Semua Itu telah Mat lalui apabila sesuatu kerja yang di amanahkan dapat di lakukan senang dan mudah,rahsianya,,,Mintak lah pertolongan dari Maha Esa..Alhamdulillah..
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya.Macam Mat,kalau nak kira overtime banyak la,,tapi mau sejam tu, kira sedekah la. Tapi jika niat seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana Mat yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal.IshaAllah..Amin.. Bila seseorang tu buat mcm tu juga dia akan menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga seronok dalam kerja-kerja yang memberi nilai baik pada orang sekeliling..Kira orang tu buat sesuatu pekara  tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “bapak”bagi segala kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka mencaci mengata,mengutuk orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran didunia semata mata. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan Tulang belakan bagi sesuatu kerja bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi ataupon kesenangan untuk sesuatu kerja yang di amanahkan.Tetapi Bekerja lah sebagai satu pasukan,,bukan sebagai ''Pengarah'' untuk membiarkan orang bawahan ini bekerja keseorangan,,
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran.
Itu semua terserah untuk pemikiran semua pembaca blog Mat..tapi fikirkan,,Kerja itu harus di lakukan dengan ikhlas apa yang telah di amanahkan.bukan kerja yang di amanahkan di serahkan kepada orang lain dan hanya akan muncul apabila sesuatu itu sudah berjaya..

sekian..

Assalamualaikum..Salam Satu MELAYSIA...

Tertarik dengan satu peribahasa,,,bersangkut dengan orang di sekeliling Mat..hehehehe..



''TALAM 2 MUKA''

Ada 3 watak orang jenis talam 2 muka..Bila di tengok dan difikirkan balik..rupa-rupanya betoi..

Kalau tak percaya baca nie ..


3 watak manusia talam dua muka




Bijak berlakon.

Imam An-Nawawi berkata, yang dimaksudkan dengan orang bermuka dua iaitu orang yang datang kepada satu kelompok dengan menampakkan seolah-olah dirinya berada di pihak mereka dan berseberangan dengan pihak lawannya. Tetapi pada waktu sama, dia juga datang kepada kelompok lain dan melakukan hal serupa. 

Individu yang berwatak dua muka ini dilihat menjadi pemecah-belah hubungan antara rakan yang lain. Agak sukar mengesan sifat dan sikapnya kerana mampu melakonkan watak dengan berkesan hingga berjaya mempengaruhi orang lain. 
Ada tiga watak manusia bertalam dua muka ini. Pertamanya, manusia yang bermulut manis di bibir tetapi ada racun di hatinya. Manusia jenis ini sangat vokal dalam berkata-kata dan mempunyai tarikan tersendiri hingga mempesonakan hati orang yang mendengarnya. 
Dia dianggap orang lain mempunyai hati yang baik, jujur, sentiasa berbuat kebaikan dan seorang pemikir yang sentiasa memikirkan kepentingan umum tetapi pada hakikatnya berlawanan daripada apa dianggap masyarakat. 
Keduanya, manusia perosak masyarakat tidak mempunyai rasa malu dan sanggup melakukan apa saja untuk merosakkan kesatuan masyarakat. Kerosakan yang dilakukan semata-mata kerana tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Pada masa sama manusia yang bertalam dua muka ini menjanjikan lebih kebaikan yang tidak termampu untuknya laksanakan. 

Tiada perasaan malu 

Ketiganya, manusia yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Mereka ini tidak boleh menerima pendapat orang lain serta menghormati perbezaan pendapat. Apabila diajak membetulkan kesilapan diri, diseru mengikut jalan yang betul serta diajak secara jujur, mereka menjadi sombong, angkuh dan bongkak. 

Watak manusia sebegini adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat kesalahan sendiri atau kumpulan mereka. Mereka selalu berasa benar dan bijak, manakala kesilapan datangnya daripada orang lain. 
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada hari kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.” (Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir) 
Al-Alqami mengatakan: “Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, kerana dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeza dengan muka yang berbeza pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.” 

Tak ikhlas, penting diri sendiri 

Orang yang bermuka dua dicela oleh agama kerana sikap buruknya yang membunuh sahsiah sendiri. Mereka ini tidak pernah ikhlas dan sentiasa menyimpan kepentingan diri. Memuji dan mengutuk baginya adalah perkara biasa. 

Rasulullah SAW bersabda: “Kalian pasti akan bertemu dengan orang yang paling Allah benci, iaitu mereka yang bermuka-muka. Di satu kesempatan, mereka memperlihatkan satu sisi muka, namun di kala yang lain, mereka memperlihatkan muka yang lain pula.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Justeru, kita diingatkan supaya berhati-hati dengan sikap pihak yang suka bermuka-muka ini. Berhati-hati maksudnya untuk tidak mudah percaya kepada cakap-cakap manis dengan mengutuk pihak kedua. Usah terlalu mudah mempercayai setiap perkataan terutama yang berkaitan keburukan orang lain. 
Antara sebab jatuhnya kerajaan Melayu Melaka ketika serangan Portugis adalah angkara pemain talam dua muka ini. Mereka menjadi penyokong setia kerajaan Melaka namun pada masa sama menyebelahi Portugis untuk menjatuhkan kerajaan Melaka. 
Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya: “Jangan engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Jadi fikirkan mcm mana nak ubah dan harus di ubah..

Ahad, 20 Julai 2014

HORMAT MENGHORMATI,JAGA BAHASA,JAGA HATI PASANGAN ANDA..

Tajuk di atas..makna taktau do mana..
Susah ka orang kita nie nak cakap elok elok, hormat orang lebih tua..tu kira orang orang biasa..Kalau kira suami isteri macam mana pulak!? Hmmm..
Pernah tak terpikir apa perasaan orang yang kena kata..Orang yang mengata tu lega laa...Sebab ?..
Cuba kalau maki orang pulak tengah marah..sedap mulut ja kan ?
Bukan pikir pon perasaan pasangan .ada hati ka ..ada limpa ka .pastu bila laki tu kata balik, mula la kata lelaki panas badan.tak sayang pempuan..dayus..tak taw laa lelaki..hmm..duk x kena jugak ..
Perngobanan lelaki nie berulang alik berpuluh puluh km tanpa mengira Wang Ringgit,letih x terpikiaq .yang taw, yang duk pikiaq pempuan .. ada pempuan lain..duk curang .duk gatai.
Tu jela dalam kepala hotak pempuan.Kepala hotak lelaki sapa pulak nak pikiaq.,!?
Gaduh gaduh ashik lelaki ja mengalah.law tak .tak hbis gaduh..tapi kalau tiap hari tiap minggu tiap bulan..larat ka tahan,? Law x buat gtu ..Lelaki ego..
Tu ja.hmm.xtaw laa sampai bila....
Lelaki ada jugak tahap kesabaran..bila kesabaran di uji ..taw taw la angin lelaki macam mana.
Mcm mana di ajaq..macam tu lah akan terjadi..
Sekian.. . .









                                                  Luahan hati seorang lelaki

Ahad, 29 Jun 2014

CEMBURU + TERASA HATI


Assalamualaikum..

Hmm,,,Taktau nak taip mcm mana,,,

Bila teringat balik air mata nak keluaq..sebak ja rasa..
Hmm..mungkin ini ujian bulan Ramadhan..
Mat...Besabarlah selagi mampu..terima lah seadanya...
Sesungguhnya bersusah susah dahulu,,berbahagia kemudian..


Xda sapa Mat nak luahkan,,Hmm...hanya pada blogger nie mat ceritakan apa yang terpendam.

Moga kurang apa yang rasa ,..Mat tengok Mat pendam..


Napa susah Mat nak dapat kegembiaraan..
Mat nak kasih syg..
Mat nak orang percaya apa mat buat..
Tapi...hmm..



Ahad, 4 Mei 2014

Kerja hari cuti 3 mei 2014 di dusun teluk nau @ bukit bintang Perlis









Inilah kerja masa cuti  tu..
sekian..

Selasa, 1 April 2014

Fikirkan bersama..

Diari seorang suami. 30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat
internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit
rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil
telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik
Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran
tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk
belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu
berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah
jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut
ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang
kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni
sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak
pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk
lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri. Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg
bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak
RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri
spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru
dapat gaji..sambil anak yg sulung pula
mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak
peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan
Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong .. Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak
beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja
barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi
minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan
dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil
makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm
250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk
barang basah.. setelah semuanya selesai pulanglah keluarga
tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg
baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00
sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg
terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal
hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.. Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami
belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun
pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar
Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan
anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam
Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga
hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi
minyak kereta sebanyak Rm30.00 .. sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn
tudung bawal berharga Rm15.00 mintak
dibelikan..suami pun keluarkan duit
bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian
pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak
anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah
lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00
hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk
baju tidur anak anak. Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah
bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang
anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak
singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang
ayah kesiankan dgn rengekan anak pun
singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan
baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah
Rm188.50. Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi
untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk
masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami
modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk
suratkhabar...tinggallah duit gaji genap
Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas
dasar nafkah kepada isteri tercinta... Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn
berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin
sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan
makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk
ke 30hb yg akan datang samada sampai atau
tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat
ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada
modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak
balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik
kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit
gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??"
Terpinga pinga suami nak di jawab jadi
perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti
disalahkan balik.

Isnin, 17 Mac 2014

Lumba kerbau besi/ kerbau tidak bermata..






ada mata..nk lihat tengok kat bawah...

Ahad, 2 Mac 2014

Assalammualaikum ..
Terlampau rajin ari nie..nk tunjuk serba sedikit kedai MINI MART PELADANG BESERI
Nak tengok gambar kat bawah …












KEMBALI KE PEJABAT PPK BESERI.

Assalamualaikum..salam satu Melaysia..

Seperti tajuk di atas, Mat dah kembali ke pejabat semula.Tamat lah sudah tugas di Pusat Belian Padi.Belian padi Musim 2/2013  bagi musim ini mendapat sambutan yang baik dari petani luar kawsan perkhidmatan PPK Beseri dan peningkatan sehingga 1000 metrik tan bagi musim nie.Alhamdulillah,dengan semangat promosi dekat ketua ketua unit dan pemandu pemandu lori banyak dah yang hantar ke Pusat Belian Padi nie... Musim nie masa pusat belian beroperasi hanya dalam tempoh 50 hari dari 1 januari 2014 sehingga 20 February 2014. kos folklift dapat di jimatkan.Minyak dan sewa folklift pun cukup dah..dekat dekat 10 k dah..
Syukur Alhamdulillah..
moga lepas lepas nie PPK Beseri akan terus maju dan berjaya di antara PPK yang berjaya..
AMIN..

Khamis, 23 Januari 2014

Assalamualaikum..
Salam Satu Melaysia..


Malam nie nak cerita pasal pusat belian padi,,.Tempat Mat duk selia nie,,Letih OOoo..
Berapa malam dah balik pukul 2,3 pagi,,hehehehe..tp kadang kadang teringat pepatah orang Bernas..''dah kerja kita nak buat mcm mana kan'' ?? hee...terima laa...Tugas harus di laksanakan dengan penuh semangat tanpa mengeluh,,,semangat yang penting,,nak bagi kaya PPK BESERI dan keuntungan kepada ahli ahli serta kepuasan kepada petani petani sekitar kawasan Beseri.,haa.Ehh,,macam bos dah cara cakap,,hehehe..nie serba sedikit gambar kerja sampai malam,,bertan tan beli padi dari pukul 8.30 pagi sampai 6.00 petang macam macam jenis padi ada,,warna warni lagi,,hahahaha.....nie Mat nak tunjuk gambar yang Mat janjikan..







Nie gambar belian padi 260 MT paling tertinggi..Semua lori mai tolong.


Gambar depan pusat belian.. Lembaga Kenaf dan Tembakau tengah buat projek..





















Padi belom masak mai jual dah ,,gena nie 

 

Hijau OOoo..


 
Nie jenis juala dengan batang jerami semua ada..






Nie lah gambar yang paling best untuk di tonton.. 




Kalau terlampau kalot sangat nak buang padi jadi lagu nie laa,, 


Nie kes mai start lori lambat..pakat buh tong puteh atas kepala..untuk di jual....hahahaha 



Sekian ,,,lepas nie kita tengok lain macam mana operasi sebenar pusat belian PPK BESERI nie,,OK,,
BYE..BYE,,