KELEBIHAN BEKERJA DENGAN IKHLAS
Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan pengalaman kerja serta pengalaman menguruskan sesuatu kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.
Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas betoi tak??
Kelebihannya cee baca..cee baca..
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang pekerja ikhlas berniat bekerja kerana Allah Taala. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.Semua Itu telah Mat lalui apabila sesuatu kerja yang di amanahkan dapat di lakukan senang dan mudah,rahsianya,,,Mintak lah pertolongan dari Maha Esa..Alhamdulillah..
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya.Macam Mat,kalau nak kira overtime banyak la,,tapi mau sejam tu, kira sedekah la. Tapi jika niat seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana Mat yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal.IshaAllah..Amin.. Bila seseorang tu buat mcm tu juga dia akan menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga seronok dalam kerja-kerja yang memberi nilai baik pada orang sekeliling..Kira orang tu buat sesuatu pekara tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.
3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan.
4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “bapak”bagi segala kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka mencaci mengata,mengutuk orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran didunia semata mata. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.
5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan Tulang belakan bagi sesuatu kerja bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi ataupon kesenangan untuk sesuatu kerja yang di amanahkan.Tetapi Bekerja lah sebagai satu pasukan,,bukan sebagai ''Pengarah'' untuk membiarkan orang bawahan ini bekerja keseorangan,,
6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran.
Itu semua terserah untuk pemikiran semua pembaca blog Mat..tapi fikirkan,,Kerja itu harus di lakukan dengan ikhlas apa yang telah di amanahkan.bukan kerja yang di amanahkan di serahkan kepada orang lain dan hanya akan muncul apabila sesuatu itu sudah berjaya..
sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan