Menjalin hubungan cinta jarak jauh bukan sesuatu yang luar biasa di kalangan pasangan muda hari ini.
Bagaimanapun hubungan jarak jauh sebenarnya menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi .
Mencabar
dan sukar mungkin ungkapan paling sesuai untuk digambarkan bagi
hubungan seperti ini, namun adalah tidak mustahil hubungan ini dapat
bertahan dan kekal lama.
Memang
bukan sesuatu yang mudah untuk berjauhan yang tersayang. Apabila
teringatkan si dia pasti timbul rasa curiga, prasangka dan pelbagai
persoalan lain yang muncul.
Sebenarnya,
kepercayaan adalah satu perkara penting untuk hubungan ini. Bina sifat
percaya antara kedua-dua belah pihak kerana ia penting untuk mengelakkan
diri daripada sentiasa berfikiran negatif antara satu sama lain.
Dalam
situasi sedemikian, tanamkan pemikiran positif antara satu sama lain
dan sentiasa berfikiran positif kunci, ia merupakan kepada kebahagiaan
kita dan pasangan.
Jangan
mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi belum lihat dengan
mata dan dengar dengan telinga sendiri. Usah jadikan itu perkara yang
terlalu penting sehingga mengatasi perkara-perkara dalam hidup kita
sehingga mengganggu keharmonian hubungan itu sendiri.
Tidak
guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh.
Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan.
Daripada
merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan
bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa
ceria dan kekalkan positif agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.
Apabila berjauhan, jangan murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat.
Dia
berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali.
Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi
dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti
menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi.
Menghargai
kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi
seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina
komitmen anda terhadap perhubungan
Secara
ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi
kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering
menjadi faktor penyebab.
Tidak
ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing
komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan
perhubungan yang sihat dan berkekalan.
Dalam
situasi sedemikian jangan mudah tergoda sebaliknya belajarlah untuk
setia kepada pasangan. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain,
cuba elak daripada terus mesra. Katakan awal-awal pada si dia, anda
telah berpunya.
Sentiasa
ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. Ingat, manusia
tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan rasa
syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina berbeza.
Dengan pemikiran ini, anda akan dapat mengharungi cabaran jika dalam tempoh bercinta jarak jauh,
Malah dalam masa yang sama, cuba kreatifkan pemikiran anda, siapa kata hubungan jarak jauh tidak boleh bermesra dan romantik?
Jadi,,pkirlah masing2 ada pasangan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan