Sabtu, 12 Januari 2019

Assalamualaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..

Persefahaman & hormat menghormati dalam berpasangan.

Malam nie Mat menaip berdasarkan tajuk  di atas.

Persefahaman.. 

Apa yang dikata persefahaman dalam berpasangan, bagi pendapat Mat adalah faham antara satu sama lain, tak kira lah apa jua yang dilakukan oleh suami atau isteri. Misalnya, faham akan sikap suami, percaya antara satu sama lain, walaupun tidak bertentang mata, mahupon tidak duduk bersama. Contohnya, waktu suami sibuk melakukan kerja untuk mencari nafkah kepada isteri atau anaknya.  Tiada masa untuk si suami ini berfikir menduakan ikatan yang telah di bina. Niat seorang suami untuk mencari rezeki, bukan niat untuk mencari yang lain. Bagi suami pulak faham atas kerja kerja isteri kalau si isteri bekerja, bekerja untuk bantu suami, atau si isteri sendiri ingin bekerja, mencari duit untuk apa yang dia idam tanpa bergantung sepenuh hnya pada suami. Jadi tiada lah masa untuk urus rumah tangga. Si suami pulak kena faham. Tak kan nak isteri sahaja faham, suami tak faham. Itulah kesefahaman yang harus di simpan pada tiap tiap pasangan.

Hormat menghormati..

Hakni masing masing kena ada pada diri seseorang. Dulu waktu bujang, kawan kawan ataupun duduk dengan adik beradik sendiri, bercakap lebih kurang pon tak apa, tapi sekarang bila dah ada ikatan, dah jadi keluarga sendiri tiap tiap percakapan yang keluar dari mulut suami mahupun isteri ada lah doa. Kita tidak tahu bila atau apa akan terjadi jika benda yang kita sebut itu menjadi kenyataan, mungkin jugak akan terjadi sapa yang akan terasa, bak kata orang tua tua dulu,  yang mengata tak akan ingat apa yang di kata, tapi yang kema kata tu akan ingat sampai bila bila, betoi kan?. Jadi hormat menghormati antara satu sama lain bukan sahaja dalam hubungan, tapi keseluruhan, kalau sentiasa tidak hormat dekat orang lain, lepas nie, orang terdekat macam suami pon sama ja bercakap dah terbiasa.

Kesimpulanya.. 

Tak susah untuk berubah, dan tak perlu di ubah, hanya diri sendiri sahaja boleh mengubah semua itu. Boleh berfikir dulu sebelom nak berkata kata, nak lepaskan kemarahan. Fikir ada faedah apa yang kita dapat selepas semua itu berlaku. Tak semua sempurna, tapi mencari kesempurnaan dalam diri adalah mudah. Untuk kegembiraan tiap tiap pasangan..  Sekian..




                                                                     Arid'z

1 ulasan:

  1. Info Buat Kamu Yang Hobi Sama Sabung Ayam
    Yuk Pilih Ayam Jagoan Kamu Lalu Pasang Taruhanmu
    Bolavita Agen Sabung Ayam Online Terlaris Di Indonesia
    Daftar Dan Dapatkan Bonus Berlimpah Sekarang Juga

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

    BalasPadam