Selasa, 8 Januari 2019

Assalamualaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..

Menaip sambil melayan lagu dari radio SinarFM, layan jugak lagu lewat lewat lagu nie, tengok jam 1.25 pagi, mata tak boleh di pejam, cerah ja dia bukak 😁😀. Malam nie tajuk lain sikit. Dia lalu dalam fikiran Mat  apa sebab yang dulu Mat diuji di dalam hal berumah tangga, sekarang ini baru Mat faham kenapa Allah aturkan kehidupan Mat dulu pahit,  sekarang nie manis. Terima kasih Ya Allah..

Pertemuan dan perpisahan hanya kita mampu merancang.  Yang menentukan Allah S.W.T..

Apa yang nak Mat ceritakan malam ini adalah tentang kisah kehidupan Mat dahulu..

Tiga tahun lalu.....

Shell Padang Melangit, sekarang nie dah bertukar menjadi Caltex dah. Kejadian kebakaran di stesen minyak Shell tu pernah berlaku dahulu. Nak di jadikan cerita, semasa berlakunya kebakaran tersebut, seseorang yang pernah Mat panggil "Adik"  ada di situ..  Di hadapan stesen minyak. Pada masa itu lebih kurang jam 9.30 malam.  Mat berada depan stesen bersebelahan kenderaan bomba yang tengah berhenti memadam kebakaran. Lama jugak laa duk situ. Sehingga habis kebakaran tu, baru Mat beredar pergi. Terperasan pada waktu itu ada sebuah kenderaan, tak silap proton waja, warna Silver, sport rim hitam. Rupa rupanya, proton waja yang diparking berhampiran pam diesil di hadapan stesen rupanya
 "Adik " 😅

Tapi apa kan daya. Allah dah aturkan semuanya. Lebih kurang cerita hindustan jugak laa. Sorang lalu belakang, sorang lagi lalu depan. Dua dua tak berjumpa,  tak terlihat di pandangan. Rupanya waktu itu "Adik" tu balik ke kampung atas urusan peribadi bersama bekas suami dia dan datang melawat tempat dia bekerja dahulu.Allah dah tentukan kami tak berjumpa lagi pada waktu itu, waktu itu Mat belom lagi berkahwin. "Adik" tu rasanya baru tahun kedua berkahwin, seingat Mat la..

Lepas pada peristiwa itu stesen minyak tersebut di tutup serta merta oleh pihak bomba untuk siasatan, serta lepas itu membuat penambahbaikan untuk kembali beroperasi. Mat pernah bercerita kan?  Mat pernah pergi cari "Adik" tu dalam cerita Mat kat bawah tu. Cari dekat tempat kerja dia di Alor Star untuk luahkan apa yang Mat pendam sebelom Mat berkahwin. Tapi sekali lagi terjadi,  Mat tak dapat berjumpa lagi dengan "Adik" tu walaupon seharian Mat berada di sekitar Alor Star. Tu lah.. Orang tua tua cakap, Allah sebaik baik perancang. Dia temukan kami dalam keadaan yang sama sekarang. Tapi tak sama macam dahulu.

Allah sebaik baik merancang. Dia nak kami berdua belajar atas kesilapan dahulu, apa erti kehidupan, biar kami dua rasa dulu pahit manis kehidupan dalam alam berumah tangga. Tapi Alhamdulillah, kami dua merasai sendiri apa yang terjadi. Dua dua kami rasa benda yang sama dalam kisah berumah tangga kami berdua dahulu.

Syukur, Alhamdulillah.. Allah sebaik baik perancang. Di pertemukan kami semula. Berkat doa rakan rakan, adik beradik yang tak putus putus mendoakan kami, yang taw kisah kami dari dulu ataupon baru nie melalui blog, facebook  atau dari mulut kami sendiri, terima kasih banyak banyak. Hanya Allah saja mampu membalas kebaikan anda semua..  Alhamdulillah..  Sekian..

1 ulasan:

  1. Info Buat Kamu Yang Hobi Sama Sabung Ayam
    Yuk Pilih Ayam Jagoan Kamu Lalu Pasang Taruhanmu
    Bolavita Agen Sabung Ayam Online Terlaris Di Indonesia
    Daftar Dan Dapatkan Bonus Berlimpah Sekarang Juga

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

    BalasPadam